berita

Zaibo Meninggal Dunia

November 14th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Pelawak dan pelakon Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid telah meninggal dunia di rumahnya kira-kira 1.30 petang tadi. Ramadhan lalu, arwah disahkan menghidap kanser esofagos tahap empat.

Derita kanser esofagos

Zaibo yang menderita kanser esofagos tahap empat telah menderita selama 6 bulan. Dia mula menyedari akan kesakitan itu apabila sukar menelan makanan. Dia juga pernah berusaha berubat secara tradisional di Johor.

Pelakon sitkom Spanar Jaya itu pernah dilawati Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah pada Isnin lalu.

Abang Zaibo dah tiada

Menurut laporan mStar Online, berita sedih ini disahkan isterinya, Siti Hawa Sawal dengan kata-kata ringkas dan sambil menahan sebak di dada.

Abang Zaibo dah tiada… minta doakan dia ya.

Jenazah akan dikebumikan pada hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor. Al-fatihah.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×