berita

Zain Saidin & Che Ta Pilih Bali Untuk Foto Pra Perkahwinan

November 18th, 2013 | by Ai
Lensa Insta

Zain Saidin & Rozita Che Wan-2

Selepas Paris dan London, nampaknya pasangan kekasih iaitu Zain Saidin dan Rozita Che Wan kini memilih Bali pula untuk foto pra perkahwinan mereka.

Diambil khas oleh jurugambar profesional, Annas Easkey, kedua-dua bakal suami isteri ini kelihatan bergaya dan romantik disebalik pemandangan indah di Bali.

Tak cukup disitu, Zain juga sememangnya kelihatan secocok bersama Rozita Che Wan walaupun beza umur antara mereka berdua ialah 11 tahun.

Zain Saidin & Rozita Che Wan-3

Lihat saja pada foto yang berlatarbelakangkan pantai yang indah ini, sememangnya Annas Easkey berjaya menonjolkan tema romantik yang mempesonakan. Kalau ditatap seratus tahun lama pun, kami pasti foto ini tetap akan kekal evergreen.

Zain Saidin & Rozita Che Wan-1

Dibawah ialah video yang diambil oleh jurugambar selepas Rozita Che Wan selesai menjalani sesi photoshoot pra perkahwinan mereka. Rata-rata komen memuji kecantikan dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh Rozita Che Wan. Mari tengok!

SKIP THIS AD ×