berita

Zamani Dedah Hasrat Terakhir Arwah Saleem

October 14th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Pagi tadi industri dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi hebat, Allahyarham Saleem. Beliau mehembuskan nafas terakhir di Pusat Peubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat cedera dari kemalangan pada bulan lalu.

Artikel berkaitan: Cinta Bukan Hanya Di Mata, Cinta Hadir Di Dalam Jiwa. Saleem Sudah Tiada

Menerusi laporan Mstar, penyanyi Zamani mendedahkan bahawa hasrat arwah untuk menyertai program realiti Gegar Vaganza, tidak kesampaian.

Pernah berbual dan bergurau

Zamani berkata mereka pernah berbual mengenai perkara tersebut beberapa tahun lalu.

Kami ada berbual dan bergurau untuk masuk Gegar Vaganza beberapa tahun lalu sewaktu dia sihat.

Saya amat terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan dia dalam keadaan sedar. Saya ada melawatnya selepas kemalangan namun dia tidak boleh bercakap.

Allahyarham memang senang untuk memberikan kerjasama terutama ketika di studio rakaman. Suaranya memang tiada ganti

Pernah merakam sebuah lagu terakhir bersama

Sementara itu, penyanyi Datuk Hattan memberitahu beliau dan Saleem pernah merakamkan sebuah lagu namun tidak berpeluang untuk dilancarkan. tambah beliau lagi, kali terakhir mereka berkongsi pentas bersama ketika menjayakan sebuah konsert jelajah di Sabah pada tahun lalu.

Kami berdua ada merakam sebuah lagu. Tetapi ia tidak pernah dilancarkan.

Kali terakhir saya berjumpa Allahyarham adalah pada bulan Disember lalu ketika sama-sama menjayakan konsert jelajah di Sabah.

Saya agak ralat kerana sepatutnya saya dan isteri melawatnya dua minggu lalu namun dibatalkan saat akhir kerana perlu pulang ke kampung

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×