Suami kepada pelakon Ayu Raudhah iaitu Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak pasukan Negeri Sembilan, akur apabila terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan Ligamen Krusiat Anterior (ACL) untuk kali kelima, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Alami Alahan Yang Teruk Seperti Muntah & Demam, Ayu Raudhah Mengaku Hamil Anak Keenam
Artikel Berkaitan: Dalam Sibuk Jaga Lima Orang Anak, Ayu Raudhah Cabar Diri Jadi Usahawan
Doa untuk suami
Menerusi perkongsian di Instagram, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar mendoakan agar proses pembedahan berjalan lancar selain berlapang dada dengan ketentuan yang ditetapkan kepada suaminya.
Dalam masa sama, aktres itu turut menyifatkan Zaquan sebagai seorang manusia yang kuat pernah dikenalinya.
Jika kamu rasa ujianmu sebesar kapal, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu seluas lautan. Yang penting sabar. @zaqone_08 adalah orang yang paling tabah dan cekal yang pernah saya kenal.
Sangat positif, determination, dan seorang pemimpin yang baik. Saya tahu awak cukup kuat yang terpilih untuk melalui nikmat pengalaman menjalani operation ACL untuk kali yang ke-5 ni.
Saya doakan semoga Allah permudahkan segala-galanya untuk awak. Berlapang dada dan reda dengan ketentuan yang Allah takdirkan untuk awak sayang.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Perancang dan Sebaik Baik Perancang.
Cepat sembuh
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut mendoakan agar Zaquan dipermudahkan urusan selain kembali pulih dengan cepat.
Terdahulu, ketua pasukan Negeri Sembilan itu terlepas baki saingan Liga Super musim ini selepas mengalami kecederaan serius ketika menentang Selangor pada Mei lalu.
Sumber: Instagram