berita

Zarema Zainal Hadiahkan Aidil Zafuan Vespa Sempena 1st Anniversary

March 24th, 2015 | by Ai
Lensa Insta

Screen Shot 2015-03-24 at 12.33.01 PM

Tarikh perkahwinan merupakan sesuatu yang amat bermakna bagi pasangan yang berkahwin. Mana taknya, ia mempunyai nilai sentimental buat setiap pasangan suami isteri.

Sedar atau tidak, rupanya-rupanya usia rumahtangga pasangan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal sudah menjangkau usia setahun.

Kalau korang nak tahu, Zarema ada buat kejutan khas buat Aidil tau! Kejutannya ialah…

Vespa Merah Buat Suami Tercinta

Screen Shot 2015-03-24 at 12.30.48 PM

Tadaa… inilah hadiah paling sweet dan rare dari seorang isteri buat suami. Suka betul kami melihat kebahagiaan love bird ni.

Merah warna sehangat cinta mereka gitew! Nanti bolehlah Aidil bawa Zarema jalan-jalan keliling Johor dengan vespa cinta ini.

Tangan ni gatal je nak tahu berapa harga Vespa ni, sekali google lebih RM10,000. Kalau kami yang marhaen ni, setakat beli replika vespa jela jawabnya. Hihi.

Ucapan Ikhlas Seorang Isteri

Screen Shot 2015-03-24 at 12.31.04 PM

Dapat kami rasakan perasaan cinta yang mendalam seorang isteri kepada suaminya. Tak percaya? Bacalah kapsyen yang ditulis. Sangat menyentuh perasaan.

Kami di OHBULAN! turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Semoga rumahtangga kalian akan kekal ke akhir hayat ya.

SKIP THIS AD ×