Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie tampil menjelaskan perkembangan terkini mengenai kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan seorang individu yang dikenali sebagai Hot Daddy.

Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Minta Maaf, Netizen Kecam Pakaian Selekeh – ‘Saya Miskin, Tak Mampu Beli Baju Cantik’

Artikel Berkaitan: Kongsi Video Dipeluk Hot Daddy, Zarina Anjoulie Ajak Pengikut ‘Join Group’ Telegram & ‘Close Friend’

‘Pihak MCMC sedang membuat siasatan’

Menerusi satu hantaran di Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju memaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang menjalankan siasatan berhubung isu tersebut.

Pihak MCMC sedang membuat siasatan, tolong beri ruang kepada mereka untuk jalankan tugas. Telefon saya pun dah diambil untuk siasatan. Buat masa ini saya hanya guna telefon secondhand sementara.

Dalam pada itu, Zarina mengakui dan menganggap insiden ini sebagai satu pengajaran besar buat dirinya.

Tak apa, ini pengajaran untuk saya. Terima kasih kepada netizen yang sudi menegur dan menasihati, ia peringatan yang baik supaya saya tidak mengulangi kesilapan yang sama,

Dalam masa sama, pelakon drama Anak Pontianak ini turut memohon doa daripada orang ramai agar urusannya dipermudahkan dan memohon agar warganet tidak melibatkan anaknya dalam sebarang kecaman.

Kalau nak kritik, kritiklah saya. Jangan babitkan anak saya yang tak bersalah. Saya hargai semua yang menegur dan mendoakan.

Terdahulu, Hot Daddy pernah dituduh pada tahun 2024 atas kesalahan mengiklankan perkhidmatan persundalan di platform media sosial X dan menjual rakaman video tidak bermoral.

Bagaimanapun, pada Disember 2024, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Hot Daddy dan dua rakannya berhubung kes tersebut.

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie