
Pelakon Zarina Anjoulie memberikan respon terhadap komen seorang warganet mengenai penampilannya yang dikatakan selekeh.
Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Zarina Anjoulie, Dakwa Promosi Maksiat Kepada Masyarakat – ‘Perbuatan Jelek & Dilarang Dalam Agama’
Artikel Berkaitan: Kongsi Video Dipeluk Hot Daddy, Zarina Anjoulie Ajak Pengikut ‘Join Group’ Telegram & ‘Close Friend’
‘Selekeh tak lawa’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Zarina atau mesra disapa Anju berkongsi komen yang ditanggalkan oleh seorang individu.
Pernah terserempak dekat kedai makan. Selekeh, dengan track bottom dan selipar.
Serius, dia nampak selekeh dan tak lawa.
Respon Anju
Anju kemudian membalas komen tersebut dan meminta maaf kerana penampilannya itu telah mencetuskan rasa kurang senang terhadap individu berkenaan.
Komen paling kelakar. Sah-sah la awak semua tahu saya miskin dan memang pakai ikut kemampuan saya, tak seperi artis kegemaran awak.
Dalam masa yang sama, pelakon berusia 37 tahun tersebut juga dengan rendah diri mengakui dirinya tidak mampu berbelanja lebih untuk berfesyen.
Jujur cakap, saya memang tak mampu beli baju, beg yang cantik dan mahal.
Saya duduk dalam perkampungan, memang saya pakai selekeh sebab selesa..tak adalah kalau saya nak ke Pavillion atau KLCC pakai macam itu.
Saya minta maaf semua jijik dengan penampilan saya.
Sumber: IG Zarina Anjoulie
![[VIDEO] Pekerja Coffee Bean Fasih Bertutur Bahasa Korea Curi Perhatian Warganet](https://media.says.com/2026/09/yu9GYzFz-download.png)




![[VIDEO] Roslan Shah Sebak Pertemukan Sajat & Ibu – ‘Dia Memeluk Anak Yang Sudah Lama Tidak Bertemu’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/IMG_0375.jpeg)


