Desas desus mengatakan pelakon Zarina Anjoulie sudah kembali bersama bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey akhirnya terjawab selepas aktres itu mengesahkan mereka telah kembali bercinta.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Suka Keluar Dengan Lelaki Berduit’ – Zarina Anjoulie
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Finally, You Are Half Mine’ – Zarina Anjoulie & Elzey Sudah Bertunang?
Jangan kacau bf saya
Pengakuan tersebut dilakukan Zarina menerusi hantaran di Instagram miliknya selepas dia memberi amaran kepada wanita di luar sana agar tidak menganggu kekasihnya itu.
Kepada perempuan yang acah-acah tidak mahu lelaki kaya, tolong berhenti kacau bf (kekasih) saya ya.
Sebelum saya screnshoot satu persatu minah (perempuan) yang berangan nak jadi Datin, baik sedar diri dan berhenti menggatal dengan dia (Kahzrul).
Duit dia untuk saya seorang sahaja.
Dalam hantaran sama, Zarina atau mesra dengan sapaan Anju turut memuat naik foto bersama kekasih hatinya serta anak lelakinya Mateen.
Terdahulu, Anju mengakui sebab dia kembali ‘rujuk’ dengan bekas tunangnya adalah disebabkan status kewangan yang kukuh.
Sumber: Instagram