Pelakon Zarina Zainuddin memaklumkan anak lelakinya, Azal Azrai, 27, ketika ini sedang mengenali hati budi seorang wanita yang dikenali sebagai Rahmah.
Artikel Berkaitan: Zarina Zainuddin Terkejut Baca Berita Sudah Meninggal – ‘Doakan Saya Sihat’
Artikel Berkaitan: Zarina Zainuddin Mengaku ‘Repair’ Bahagian Hidung – ‘Saya Cuma Betulkan Sedikit Saja’
Kenal di Singapura
Ketika dihubungi OhBulan!, Zarina berkata, detik perkenalan dengan wanita tersebut bermula ketika dia dan anaknya berada di Singapura untuk menguruskan perniagaan.
Menurut Zarina, wanita berusia 26 tahun itu merupakan warganegara Indonesia tetapi menetap dan bekerja di Singapura.
Anak saya Azal sedang mengenali seorang wanita bernama Rahmah. Masih baru, sedang mengenali hati budi masing-masing.
Rahmah itu kami kenal dekat Singapura. Saya kan ada berniaga di sana dan Azal yang banyak tolong jaga kalau saya tiada. Rahmah itu menetap di sana.
Kenal itu dah lama, cumanya rasa suka itu baru timbul. Iyalah kan, Azal tu minatnya dengan perempuan yang freehair yang cantik saja.
Rahmah dia orang Indonesia, tapi menetap dan bekerja di Singapura. Lama juga dia di Singapura. Keluarga dia masih di Indonesia.
Dalam masa sama, Zarina berkata dia ada menasihati anaknya untuk mencari pasangan hidup yang mempunyai personaliti yang baik serta penampilan yang sopan.
Saya kata dengan Azal hidup berumah tangga ini nak isteri yang baik, kalau boleh keluar rumah kena bertudung sebab aurat kena jaga, kita orang Islam. Lama-lama dia faham dan dia okay.
Saya okay sahaja mereka nak berkawan, saya terbuka. Rahmah itu budaknya sangat baik, rajin, kulit bersih putih, cakap lembut dan pandai masak. Azal kena cara isteri yang boleh menjaga dia.
Sementara itu, disoal mengenai perancangan ke fasa lebih serius, aktres berusia 52 tahun itu berkata dia berserah kepada jodoh dan takdir Allah.
Mereka pun masih berkawan, perancangan untuk ke arah yang lebih serius itu kita berserah pada Allah. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bawa jumpa keluarga dia.
Perancangan ke arah lebih serius itu ada tapi masih lagi awal untuk saya kongsikan.
Terdahulu, Zarina memuat naik foto memperlihatkan anaknya, Azal bersama seorang wanita. Menerusi kapsyen yang ditulis, aktres itu berkata ‘semoga ada jodoh mereka berdua’.
Untuk rekod, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang kini berusia 27 tahun.
Azil menghidap hyper autisme manakala Azal mempunyai mild autisme yang dikesan ketika umur mereka berusia tiga tahun.