Sebelum ini, penyanyi rock, Zarith Sofia Yasin ditahan pihak berkuasa kerana mengurung anak beruang matahari di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur. Penyanyi itu disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) kerana menyimpan hidupan liar tanpa kebenaran Perhilitan.
Terbaru, Zarith Sofia didenda RM27,000 didapati bersalah mengurung anak beruang matahari oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Jun tahun lalu.
Menyimpan tanpa permit sah
Bekas peserta program realiti ‘Rockanova’ ini didenda RM20,000 atau penjara enam bulan bagi pertuduhan menyimpan manakala denda RM7,000 atau penjara empat bulan bagi pertuduhan mengurung anak beruang matahari di rumahnya.
Penyanyi itu didakwa menyimpan seekor Helarctos Malayanus tidak matang iaitu hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 tanpa permit khas. Hakim Manira Mohd Nor menjatuhkan hukuman selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan semula kes tersebut.
Tiada niat untuk meraih keuntungan
Niat tertuduh hanyalah untuk menyelamatkan haiwan berkenaan dan tiada niat untuk mendapatkan sebarang keuntungan.
Ketika haiwan berkenaan dijumpai oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ia berada dalam keadaan sihat.
Ia bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat bahawa jenayah membabitkan hidupan liar adalah kesalahan yang dipandang serius oleh mahkamah di negara ini.
Penyanyi ini turut membela diri dengan niat menyelamatkan haiwan tersebut. Pegawai Pendakwa Jabatan Perhilitan Nazarudin Kamarudin bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran terhadap Zarith Sofea.
Sumber: Malaysia Kini