berita

Zarul Umbrella Lancar MV Baru, Ramalanku Benar Belaka

October 10th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-10-10 at 9.26.01 AM

Masih ingat dengan kumpulan Umbrella? Atau mungkin anda hanya kenal mereka melalui karaoke? Biasalah, lagu-lagu jiwang melayu kan memang sinonim dengan pusat karaoke.

Kalau anda nak tahu, Zarul, vokalis dari kumpulan Umbrella baru-baru ini telah melancarkan sebuah muzik video baru untuk lagu Ramalanku Benar Belaka.

Agak mengejutkan para peminat, Zarul yang hanya muncul seorang diri tanpa ahli kumpulan lain didalam MV itu telah memberikan nafas baru dan isi cerita yang lebih menusuk jiwa, termasuk penggunaan aplikasi mesej, WhatsApp.

Apa yang menarik sebenarnya didalam MV ini adalah perbualan diantara seorang gadis dan seorang lelaki yang sebelum ini pernah bercinta. Namun, disebabkan wang ringgit dan kepentingan diri, cinta dirobek sewenang-wenangnya dan hati dibuang seperti sampah harian.

Screen Shot 2013-10-10 at 9.30.29 AM

Mungkin ada antara anda yang rasa sedikit janggal dengan kisah cinta begini. Namun inilah hakikat dunia, ada yang lebih kejam dari yang ini.

Untuk pengetahuan, lagu ini telah dipopularkan oleh kumpulan Umbrella melalui album mereka, Seribu Rahmat pada tahun 1995.

Apa pendapat anda? Vokal yang dulu ataupun sekarang lagi sedap didengar? Mari tonton video selepas ini ya.

Versi 2013

Versi karaoke

 

SKIP THIS AD ×