Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi berkata, SENIMAN melindungi ahli yang mendaftar dan memperbaharui yuran keahlian mereka.
Menurut Zed Zaidi, setiap pendaftaran, sudah dimasukkan caruman insurans, tetapi ia bukan perubatan, sebaliknya kematian.
Artikel berkaitan: ‘Pertama Kali Menggunakan Medical Card & Insurans Sejak Tahun 2004’ – Fasha Sandha Anggap Kemalangan Sebagai Tanda Untuk Berehat
Artikel Berkaitan: Azhan Rani Kesal Tajuk Akhbar Isu Fasha Sandha Cedera Undang Fitnah?
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kuat Pun Abang Tolak, Cuma Landing Di Tempat Salah’ – Fasha Sandha Pertahankan Azhan Rani
Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Siapa Yang Mahukan Kemalangan Macam Ni Terjadi’ – Azhan Rani
Berjumlah sehingga RM10k
Menerusi laporan Berita Harian, SENIMAN berkongsi, bayaran yuran dikenakan meliputi perlindungan insurans nyawa, justeru ahli yang membayar dan memperbaharui keahlian boleh menikmati faedah sehingga RM10,000.
Jadi, bayaran insurans sudah disertakan dalam bayaran yuran dan perlindungan berjumlah sehingga RM10,000, tetapi itupun jika ahli perbaharui keahlian memandangkan SENIMAN bayar kepada pihak insurans setiap bulan bergantung kepada mereka yang mendaftar.
Ujar Zed, SENIMAN sudah bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial Selangor (PERKESO) secara rasmi sejak dua tahun lalu.