Pelakon Fasha Sandha berkongsi keadaannya di laman Instagram (IG) yang terkini setelah menerima rawatan akibat kecederaan pada mata kirinya yang dialami ketika menjalani penggambaran.
Artikel Berkaitan: Azhan Rani Kesal Tajuk Akhbar Isu Fasha Sandha Cedera Undang Fitnah?
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kuat Pun Abang Tolak, Cuma Landing Di Tempat Salah’ – Fasha Sandha Pertahankan Azhan Rani
Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Siapa Yang Mahukan Kemalangan Macam Ni Terjadi’ – Azhan Rani
Mata kanan sihat sempurna
Menerusi hantaran di laman Instagram, Fasha, 38, memaklumkan keadaan mata kirinya yang semakin beransur pulih. Dalam pada itu, Fasha meluahkan rasa syukur kerana memiliki mata kanan yang sihat dan sempurna.
Menurut Fasha, dia tidak mahu menunding jari kepada sesiapa dan menganggap kejadian ini sebagai tanda yang dihantar tuhan untuknya ‘berehat’.
Kepada yang bertanya keadaan saya ketika ini, fizikal luar mata dan bengkak telah beransur pulih. Tulang mata kiri saya patah, ada tisu, muscle dan darah beku.
Walau begitu, saya tetap bersyukur mata kanan masih sihat sempurna dan banyak lagi nikmat kebaikan yang diberikan pada saya.
Ujian untuk saya…
Tambah Fasha, hal sebegini tidak dapat dielakkan kerana semua sudah cuba sehabis baik.
Apa kita boleh buat. Kita cuba sehabis baik, kita buat yang terbaik tapi kemalangan tetap terjadi.
Saya hanya fikirkan tanggungjawab yang masih tertangguh, tapi Fieza, Encik Along Kamaludin dan doktor tidak mengizinkan.
Difahamkan, bintang drama ‘Dendam Seorang Isteri’ itu dibenarkan untuk keluar dari hospital pada hari ini setelah lapan hari bermalam di pusat rawatan.
Di kapsyen Instagramnya, Fasha meluahkan rasa syukur kepada doa-doa daripada orang terdekat dan menggangap hal ini satu ujian buatnya.
Susulan daripada itu, Fasha memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat matanya kirinya seperti sedia kala.
Sumber: Instagram @fashasandha