berita

Zed Zaidi Mahu Bertanding Sebagai Presiden Seniman

September 26th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

zed+zaidi

Dah lama juga kita tak mendengar berita mengenai Zed Zaidi kan? Kali terakhir kami menulis tentang Zed Zaidi adalah ketika salah satu status laman twitternya yang dikatakan menyelar kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2013).

Artikel Berkaitan:

Namun, sebelum itu juga, perjalanan karier Zed Zaidi sering dihambat pelbagai kontroversi, termasuklah mengenai situasi ‘huru-hara’ yang menimpa Persatuan Seniman Malaysia kira-kira akhir tahun lalu. Ala, pasal kes Zed Zaidi dilucutkan jawatan sebagai presiden Seniman tu.

Bagaimanapun, hari ini menerusi laman Zed Zaidi Dare To Dream, dia mengumumkan bahawa bakal bertanding sebagai presiden Persatuan Seniman Malaysia pada 27 September ini.

Screen Shot 2014-09-26 at 12.59.23 PM

“Untuk pengetahuan semua pada 27 september 2014 sabtu ini pada pukul 9 pagi di finas ahli-ahli seniman akan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai ahli bagi memilih presiden dan ajk baru untuk memperjuang, membela nasib mereka dan mentadbir persatuan seniman, persatuan artis yang tertua di malaysia.

Bagaimanapun, kami agak tertarik dengan kenyataannya mengenai situasi Persatuan Seniman kini yang dikatakan terkontang-kanting semenjak pentadbirannya digantung selama setahun.

“Ya, mereka memang hero, disebabkan itu pentadbiran seniman telah digantung selama setahun, ahli-ahli seniman terkontang-kanting, ramai artis yang sakit dan meninggal tidak dapat seniman menyalurkan sumbangan, pejabat seniman ditutup, elektrik dan telepon pejabat seniman di potong dan yang paling utama jatuhnya maruah seniman! malunya… “

Kalau anda nak baca lebih lanjut apa lagi yang diusulkan oleh Zed Zaidi, anda bolehlah terus membaca di blog peribadinya. Hurm.. sebagai pengikut dunia hiburan Malaysia, anda rasa layakkah Zed Zaidi kembali memegang tampuk pemerintahan Persatuan Seniman Malaysia ataupun anda mempunyai nama lain yang telintas di fikiran?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×