Lama tak dengar berita mengenai pelakon seksi, Zila Bakarin bukan? Tup tup, nama wanita ini kembali menjadi perbualan hangat peminat-peminat industri hiburan tanah air.
Semuanya kerana busana rekaan Syafiq Aiman yang dipakai oleh Zila di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2013) yang lalu.
Dek kerana itu, ada pihak yang mengecam tindakan Zila yang menggunakan busana tersebut yang disifatkan seksi melampau kerana menampakkan sebahagian besar pehanya.
Busana yang dipakai oleh Zila di malam kemuncak ABPBH2013
Sedar dengan kritikan tersebut, Zila menjelaskan busana yang dipakai ketika malam anugerah tersebut amat selesa dengan dirinya dan bersesuaian dengan majlis.
Menurut laporan Harian Metro, Zila memberitahu suaminya turut memberikan kebebasan untuk menggayakan busana berkenaan kerana ia tidaklah keterlaluan.
Apabila busana itu siap saya juga menggayakannya depan suami dan anggota keluarga lain pada sesi ‘fitting’. Suami pula beri kebebasan kepada saya untuk menggayakan busana berkenaan kerana ia tidak nampak keterlaluan.
Pada mulanya, busana itu lebih seksi dan terbelah hingga ke perut tetapi saya meminta pereka baju untuk ubah suai semula kerana adik saya beritahu ia terlalu menjolok mata.
Dalam pada itu, Zila mengakui dia takut untuk memuat naik foto busana berkenaan ke laman sosial Instagram, tetapi apabila dia berbuat demikian, peminatnya turut menyokong penampilan tersebut.
Pada mulanya, saya takut untuk meletakkan gambar busana yang dipakai pada malam kemuncak itu di Instagram. Namun, ternyata pengikut saya sangat ‘sporting’ dan menyokong penampilan saya itu kerana ia nampak cantik dan sesuai dengan imej saya.
Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang tetapi saya sangat menjaga hati 50,000 penyokong dan peminat saya di Instagram yang sentiasa menyokong karier saya sejak dulu.