Perasaan bimbang mula menguasai diri pelakon, Zila Bakarin saat dimaklumkan filem yang dilakonkannya 15 tahun lalu berjudul Syaitan Munafik akhirnya ditayangkan di pawagam, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Demi Allah Dalam Almari Tiada Pakaian Bertutup, Keluar Rumah Rasa Gelisah’ – Zila Bakarin Kongsi Perjalanan Hijrah
Artikel Berkaitan: [FOTO] ‘Seronok Lihat Artis Hijrah’ – Imej Zila Bakarin Selepas Berhijab Dipuji Ramai
Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Macam Tiada Seurat Benang Dekat Badan…’ – Zila Bakarin ‘Throwback’ Kisah Sebelum Berhijab
Saya seksi habis
Menurut Zila, dia teringat kembali babak yang dilakonkan. Memetik laporan BH Online, Zila memberitahu dia membawa watak isteri curang. Tambahnya lagi, ada babak berkemban di dalam filem tersebut. Berikutan daripada itu, Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin ini mengakui perkara itu amat merisaukannya memandangkan kini sudah berhijab.
Jujurnya, saya sendiri tidak ingat pasal filem ini kerana sudah lama sangat. Memang benar saya seksi habis dalam filem ini, selamba sahaja berkemban.
Sebelum ini, saya ada dimaklumkan oleh pihak produksi filem ini akan ditayangkan. Cuma, saya tak tahu bila tarikhnya. Jika ditanya sudah tentu saya risau bila filem ini ditayangkan kerana bimbang reaksi penonton.
Dalam era media sosial hari ini, netizen akan kecam apa sahaja dan perkara ini cukup menakutkan saya.
Sebagai manusia biasa, Zila memberitahu dia hanya mampu berdoa agar semoga semua pihak memahami situasinya kerana watak dilakonkan sebelum bertudung.
Masa saya lakonkan watak ini, saya pun tak sangka ia akan ditayangkan 15 tahun kemudian ketika sudah berhijab. Takkankah saya nak halang produksi menayangkan filem ini hanya kerana imej terkini saya.
Kalau ikutkan memanglah saya malu bila mengenangkan keadaan diri saya kini sudah berhijab. Nak cakap banyak pun benda sudah lama berlaku. Saya anggap ini aturan Allah yang mahu saya selesaikan segala yang tertangguh dan buka lembaran baharu.
Saya harap semua pihak dapat memahami kerana filem ini adalah masa lalu saya dan tidak perlu diungkit. Ini kerana saya kini sedang dalam fasa untuk menjadi insan lebih baik.
Sumber: BH Online