berita

Zizan Enggan Komen Saman Setengah Juta Dari Marina Juki

November 14th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

zizan-razak-disaman-kerana-langgar-kontrak

Setengah juta bukanlah satu jumlah wang yang sedikit. Malah, kalau diberi kepada kami, silap-silap hari bulan kami gunakan untuk beli sebuah rumah. Maklumlah, rumah sekarang kan mahal.

Korang mesti pelik apa yang kami membebel ni kan? Sebenarnya, kami terkejut dengan jumlah saman yang dikenakan terhadap Zizan Razak oleh bekas pengurusnya, Marina Juki.

Difahamkan, saman tersebut dibuat kerana Zizan yang juga bekas rakan kongsi merangkap artis di bawah pengurusan Wire Fame sudah melanggar kontrak.

zizan-razak-dan-marina-juki

Haaa, apa pula kata Zizan mengenai perkara ini? Menurut laporan Harian Metro, Zizan masih lagi belum bersedia untuk mengulas mengenai perkara tersebut.

Namun, kata Marina, dia telah mengumpulkan semua bukti kukuh bagi memfailkan saman terhadap Zizan.

Sejak saya buat pengumuman untuk teruskan tindakan undang-undang sekitar Jun lalu, memang pihak syarikat sudah mula mengumpulkan bukti sokongan.

Akhirnya bulan lalu kita berjaya kumpulkan semua bukti kukuh dan saya menerusi peguam Tetuan Sarjit Handhu memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu terhadap Zizan.

Untuk selebihnya, saya minta maaf tak boleh ulas lanjut kerana ia sudah membabitkan kes mahkamah.

SKIP THIS AD ×