Pelakon, pelawak, dan pengacara terkenal, Zizan Razak akhirnya mengaku sudah mempunyai seorang yang istimewa dan bersedia untuk menamatkan zaman bujang, memandangkan usianya kini sudah mencapai 30 tahun.
Meskipun begitu, pelawak terkenal ini enggan berkongsi lebih lanjut siapakah wanita pilihannya itu kerana hubungan mereka masih lagi diperingkat awal.
“Perancangan untuk berkahwin memang ada tetapi dengan siapa itu saya belum boleh beritahu. Apa yang saya boleh katakan saya sedang mengenali hati seseorang.
“Wanita itu seorang yang dekat dengan saya tetapi saya jarang bertemu dengannya kerana faktor kerja,” Ujar Zizan menerusi laporan Utusan Online.
Menurut laporan berasingan, Zizan turut mengaku dia meminati wanita yang sederhana dan yang paling penting adalah pandai menjaga hati kedua ibu bapanya.
“Saya kalau boleh suka orang yang simple, tidak seksi, dan apa yang paling penting pandai ambil hati orang tua saya.”