berita

Zizan Nin Belum Bersedia Ambil Anak Angkat

May 17th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Zizan Nin-26

Bulan Mac lalu genap 3 tahun Zizan Nin dan isterinya, Hani Harun melayari bahtera perkahwinan.

Seperti pasangan suami isteri yang lain, Zizan akui dia dan isteri sudah bersedia untuk menimang cahaya mata pertama, akan tetapi terpaksa akur dengan ketentuan ilahi yang masih belum berpihak kepada mereka.

Buat masa ini belum ada rezeki lagi. Tolong doakan sahaja untuk kami.

Saya redha, mungkin ini adalah ujian daripada Allah.

Kalau nak ikutkan daripada tahun lepas memang kami berharap sangat nak ada anak, tapi bagaimana pun saya serahkan sahaja pada takdir.

Zizan Nin-18

Meluangkan masa bersama isteri tercinta.

Mengulas lebih lanjut mengenai soal anak, timbul juga persoalan dikalangan pihak media, tidakkah pasangan ini terfikir untuk mengambil anak angkat dan mungkin dengan cara itu rezeki untuk mereka menimang cahaya mata akan tercapai?

Kami masih lagi berusaha dan buat masa sekarang belum terfikir untuk ambil anak angkat.

Saya banyak ikut nasihat ustaz yang meyuruh kita banyakkan berdoa serta bersabar. Kalau ada rezeki, adalah – Ujar Zizan sewaktu bertemu di majlis House Warming di kediamannya petang semalam.

Zizan Nin-14Antara cenderahati daripada sumbangan Adabi & kosmetik M.A.C

Sewaktu majlis berlangsung, Zizan dan isteri turut mengambil peluang yang ada untuk mengucapkan jutaan terima kepada rakan korporat mereka iaitu Pensonic dan Turn Design Interior (TDI) yang dikatakan telah banyak menyumbang hadiah untuk rumah baru mereka yang terletak di Ukay Perdana, Selangor.

Majlis ringkas tersebut turut dihadiri oleh anak-anak yatim dari rumah Al-Nasoha, Gombak.

Zizan Nin-12

Menyerahkan sedikit sumbangan untuk rumah anak-anak yatim Al-Nasoha

Berikut kami lampirkan foto-foto Zizan bersama isterinya untuk tatapan anda semua.

SKIP THIS AD ×