berita

Zizan Razak Jadi Bapa Ayam?

August 8th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Karlos Bolos (7)

Bagi penonton setia TV3 yang pernah mengikuti drama bersiri Karlos, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kesinambungannya menerusi telemovie Karlos Bolos yang bakal ditayangkan pada malam ini.

Secara umumnya, telemovie Karlos Bolos menceritakan tentang bagaimana Karlos (Johan As’ari) dan sahabatnya, Kenji (Syazwan Zulkifli) ingin meloloskan diri dari Pusat Pemulihan Akhlak, Teluk Panglima dan kegiatan gila mereka itu bermula apabila Kenji terbaca sebuah artikel di akhbar yang menyiarkan tentang gambar seorang lelaki yang amat dibencinya iaitu Sunny (Zizan Razak).

Setelah melihat gambar Sunny, Kenji berhasrat untuk melarikan diri daripada pusat pemulihan dan dia ingin mencari lelaki tersebut serta ibunya, Cuwie (Dira Abu Zahar) yang juga seorang pelacur.

Setelah menceritakan serba sedikit tentang dendamnya terhadap Sunny, Kenji mula memujuk Karlos untuk turut menyertainya dalam misi pencarian tersebut dan kedua sahabat itu akhirnya berjaya melarikan diri, tanpa disedari oleh sesiapa.

Karlos Bolos - Tiga Pelakon Utama Karlos Bolos, Syazwan Zulkifly, Johan Asari Dan Tiz Zaqyah (2)

Penampilan istimewa Tiz Zaqyah sebagai Ella

Pada malam mereka melarikan diri, Kenji dan Karlos telah berjaya mencuri masuk ke dalam kereta milik seorang gadis yang dikenali sebagai Ella (Tiz Zaqyah) dan pada ketika itu secara kebetulan Ella juga dalam perjalanan untuk menuju ke Kuala Lumpur.

Bagaimanakah nasib Ella selepas itu? Adakah kedua-dua sahabat ini melayan Ella dengan baik atau mereka melakukan perkara yang tidak elok kepada gadis tersebut?

Kehilangan Karlos dan Kenji akhirnya disedari oleh ketua dorm pusat pemulihan tempat mereka ditahan dan berita tersebut turut disampaikan kepada pihak berkuasa. Gerakan mencari dua remaja itu dikerah dan orang ramai diminta untuk memberi kerjasama dengan pihak polis.

Berjayakah Karlos dan Kenji menjejaki Sunny dan ibu Kenji, Cuwie di Kuala Lumpur atau tindakan gila mereka hanya kerja sia-sia? Ketahui kesudahan telemovie Karlos Bolos di TV3 pada malam ini tepat jam 9.00 malam.

Jika terlepas peluang menyaksikan telemovie tersebut di kaca televisyen, penonton juga boleh menonton tayangan semulanya menerusi catch-up TV dengan melayari portal rasmi www.tonton.com.my.

Bagaimanapun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto menarik sewaktu sesi penggambaran telemovie Karlos Bolos. Jom layan!

SKIP THIS AD ×