Pelawak dan pelakon, Zizan Razak mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu, hari ini. Pengumuman tersebut dilakukan oleh Zizan sendiri menerusi akaun Facebook miliknya.
Doakan yang baik-baik
Umum mengetahui, Zizan merupakan salah seorang selebriti yang dipercayai kerap memuat naik posting mengenai ‘Forex’ di akaun media sosialnya. Terbaru, Zizan memberitahu kepada umum bahawa dia sudah mengambil keputusan untuk menarik diri dari dunia Forex atas alasan tertentu. Zizan turut memohon doa daripada semua agar dia sentiasa diberkati oleh Allah.
Doakan yang baik baik untuk Zizan dan untuk semua. Semoga Allah memberkati kita bersama. InshAllah.
Terdahulu, Pengasas Tadbir Insan Training & Consultancy, Mustafar Mohd Suki memberitahu, ramai individu dilihat masih keliru tentang status forex ini memandangkan ada pihak mengatakan ia harus dan sebahagian pandangan lagi mengatakan ia haram. Beliau berkata, isu ini timbul kerana ramai yang tidak faham tentang konsep fatwa itu sendiri sedangkan fatwa itu sepatutnya menjadi panduan kepada mereka kerana ia adalah penjelasan hukum ALLAH SWT berkaitan haram dan harus.
Tambah Mustafar, dalam isu forex ini, lebih 20 badan berautoriti dunia menyatakan ia haram termasuk sebab-sebab yang menjadikannya haram serta bagaimana ia difatwakan.
Oleh itu, kita kena berpegang kepada fatwa dan di Malaysia, boleh rujuk balik tentang isu berkaitan muamalat bukan sahaja berkaitan forex atau urusniaga harian lain sama ada dengan pihak Bank Negara, Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan sebagainya. Jangan jadikan istilah ‘shopping fatwa’ sebagai panduan kerana istilah ini melihat orang yang kata boleh tentang forex umpamanya dan menjadikan kita tidak pandai memilih fatwa mana serta siapa yang ada autoriti dan seterusnya terlibat dengan perkara haram.
Komen PU Azman
Menurut PU Azman isu Forex ini sangat subjektif kerana ianya melibatkan urus niaga. Ujarnya, dalam urus niaga tidak boleh ada penipuan dan kesamaran. Tambahnya, isu ini dalam kalangan ilmuan terdapat banyak perbezaan pendapat. Tetapi rata-ratanya menyatakan haram kerana banyak kesamaran yang berlaku.
Sumber: Zizan Razak & Sinar Harian