berita

Zizan, Tauke & Yassin Bergabung Jadikan Abang Long Fadil Penuh Komedi & Aksi!!

April 23rd, 2014 | by Ai
Filem Tempatan

Screen Shot 2014-04-23 at 12.09.14 PM

Sekali tengok, boleh dikatakan yang filem terbaru arahan adik Syamsul Yusof iaitu Syafiq ini memang tak logik. Lihat saja pada trailer yang baru dilancarkan semalam, bukan saja adegan bergaduh yang berlebihan, malah watak dari filem Transformer iaitu Bumblebee turut kelihatan.

Tapi, relax. Siapa yang tak kenal dengan watak Abang Long Fadil? Pertama kali dikenali menerusi lawak gangster yang dibawa oleh Zizan, watak ini benar-benar membuat peminat tertawa dengan gelagat lucunya.

Tak siapa sangka, dari watak pembantu dalam filem KL Gangster, Abang Long Fadil kini mempunyai filemnya sendiri pula.

Screen Shot 2014-04-23 at 12.08.45 PM

Tauke memang betul-betul kelakar

Membariskan pelakon-pelakon komedi terkenal seperti Tauke Jambu, Yassin (Senario), filem ini akan turut mengekalkan Syamsul Yusof, Aaron Aziz dan juga Soffi Jikan.

Yang pastinya, kehadiran dua orang lagi pelawak dalam filem ini akan memberikan nafas baru serta mampu membuatkan para penonton tergelak habis. Apa taknya, ketika babak pergaduhan Yassin, boleh dikatakan pengarah, Syafiq, ada meniru sedikit babak dari filem Kungfu Hustle.

Screen Shot 2014-04-23 at 12.08.07 PM

3 orang pendekar sebelum wujudnya gengster

Screen Shot 2014-04-23 at 12.10.07 PM

Aaron Aziz hanya muncul dalam beberapa babak sahaja

Dan ya, aksi-aksi pergaduhan didalam filem ini menggunakan kesan khas visual (CGI) yang sedikit menggelikan hati. LOL

Apa pun, apa kata kita tonton sebentar trailer selepas ini! Tak sabar pula rasanya nak tengok hasil buah tangan Syafiq Yusof ini. Mana tahu boleh tapau Mamat Khalid, kan?

 

SKIP THIS AD ×