berita

Zul Ariffin Ada Kekasih Baru?

June 19th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

OHBULAN!TV3RAYA-93

Terkejut tengok tajuk entri kali ini? Kali ini ia bukan kontroversi atau spekulasi, ini kami dengar dan lihat depan mata sendiri tau, bukan buat cerita okay!

Semalam kami hadir ke majlis Ramadhan & Raya Media Preview anjuran Media Prima. Sedang elok kami berborak dengan rakan wartawan lain, tiba-tiba telinga ni tertangkap perbualan antara dua orang wanita dengan pelakon berbadan sado, Zul Ariffin.

Perbualan mereka amat menarik perhatian kami kerana salah seorang wanita itu telah berpesan kepada Zul supaya menjaga pelakon yang kian meningkat naik iaitu Elfaeza Ul Haq baik-baik.

Elfaeza

Haa, inilah dia wajah Elfaeza

Enggan membiarkan perkara itu habis disitu saja, kami pun pergi bertanya dengan Elfaeza sendiri. Iyalah, kami sendiri pun hairan dengan pesanan yang diberikan itu.

Maklumlah, sebelum ini kan Zul pernah declare bahawa dia sedang bercinta dengan penerbit filem terkenal iaitu Gayatri Su-Lin Pillai. Malah, hubungan mereka pun tiada sebarang masalah rasanya.

Bagaimanapun, menurut Elfaezah, dia dan Zul hanya sekadar teman biasa dan tak ada apa-apa hubungan istimewa antara mereka.

Kitorang kawan-kawan je, sama macam kawan lain, hang out macam tu je. Bila kita rapat, orang salah faham, bila jadi macam tu, orang exited lebih la, tak ada apa pun.

Kami rapat sejak sama bekerjasama, senang berborak dan bergaul. Malah, dia sangat kelakar, baik hati, dan pemurah. Kami dapat berbual tentang apa-apa je, sekarang ni pun dia ada dengan seseorang, so, kita kawan-kawan je. Saya tak ada sesiapa pun, masih single.

Ha, panjang lebar jawapan anak kelahiran Singapura ini. Tetapi, sebelum itu, kami ada juga bertanyakan status hubungan Zul dan Gayatri. Maklumlah, lama bebenor tak dengar cerita mereka.

OHBULAN!TV3RAYA-94

Menurut Zul, hubungannya dengan Gaya masih seperti biasa dan tidak mengalami ada apa-apa masalah pun. Namun, bila ditanya soal perkahwinan, masing-masing masih tidak mempunyai apa-apa komen.

Saya dah mengaku pun bercinta dengan dia, sekarang ni pun masih sama. Saya pun tak rasa bersedia untuk bercerita tentang kahwin, jadi kami keep it simple dan kurangkan untuk komen tentang hubungan kami.

Saya dah mengaku awal-awal dah kan, jadi dialah yang ada dalam hati sekarang ni. Kami pun sibuk bekerja, saya pun busy, jadi apa-apa a bit personal about me, just keep it personal la.

Apapun, kita doakanlah yang terbaik buat mereka ya? Jodoh dan pertemuan kan ditangan tuhan, jadi kita tunggu sajalah berita baik itu nanti.

SKIP THIS AD ×