Di Facebook, pelakon Zul Yahya mencadangkan agar institusi keagamaan seperti masjid dijadikan sebagai pusat kuarantin pesakit positif Covid-19 ekoran daripada peningkatan jumlah kes saban hari. Tambahnya, dia berpendapat bahawa lokasi itu sesuai untuk mengimarahkan dan diisi amalan di masjid selama 24 jam.
Masjid pun tak sepi
Perkongsian dari pendapat Zul Yahya di laman Facebook itu telah mendapat 430 tanda kongsi dan rata-rata pengikut mempunyai pandangan mereka tersendiri mengenai perkara demikian. Zul Yahya mencadangkan agar beberapa buah masjid yang besar untuk menempatkan pesakit-pesakit bergejala ringan di situ.
Kenapa tak dikuarantinkan umat Islam positif Covid-19 gejala ringan di masjid-masjid, bukankah itu lebih baik. Mereka dapat hidupkan amalan-amalan masjid 24 jam dan masjid pun tidak sepi.
Kepada tak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumaat.
Dah pernah suarakan perkara ini
Tambahnya lagi, dia dan sahabat seperjuangan sanggup menjadi sukarelawan di masjid bagi menjaga kebajikan pesakit-pesakit positif di situ.
Untuk khidmat, saya serta sahabat-sahabat sedia bagi masa dan nak menguruskan manusia-manusia yang berada di masjid itu lebih mudah. Ada masjid-masjid yang luas mampu meletakkan jemaah beratus-ratus orang. Tahun lepas saya dah suarakan perkara ini tapi tak ada yang berfikir bagaimana ianya boleh dilaksanakan.
Sumber: Zul Yahya