berita

Zulin Aziz Bakal Tamatkan Zaman Bujang Ogos Ini

July 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon, Zulin Aziz dilihat sering kali memuat naik beberapa foto bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya. Rata-rata netizen turut mendakwa Zulin bakal menamatkan zaman bujangnya dengan usahawan tesebut selepas mereka dipercayai sudah melakukan sesi photoshoot ‘pre-wedding’ baru-baru ini.

Artikel berkaitan: Muat Naik Foto Bersama Jejaka Kacak, Zulin Aziz Dah Nak Kahwin?

Terbaru, Zulin memberitahu dia bakal menamatkan zaman bujang pada bulan Ogos nanti. Tahniah!

Kami nak umum tarikh istimewa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ???? (@zulinaziz)

Menerusi satu rakaman video di Instagram, Zulin dan pasangannya iaitu Farhan bakal mengumumkan tarikh istimewa mereka di Instagram Story hari ini. Menurut Zulin, mereka berdua telah sepakat memilih bulan Ogos nanti sebagai hari paling bersejarah dalam hidup mereka. Namun begitu, Zulin masih merahsiakan tarikh sebenar mengenai majlis akad nikahnya itu.

Tahniah Zulin!

Terdahulu, Zulin memohon supaya netizen mendoakan yang terbaik buat dirinya. Rata-rata netizen dan rakan artis turut memberi ucapan tahniah buat Zulin dan Farhan sebaik sahaja kedua-dua mereka mengumumkan berita gembira tersebut. Mereka berharap urusan Zulin dan Farhan nanti dipermudahkan oleh Allah.

Sumber: Zulin Aziz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×