Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz berkongsi pengalaman seram apabila dia dan suami telah diganggu oleh makhluk halus ketika sedang bercuti di Cameron Highlands, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Hubungan Kami Semakin Rapat’ – Zulin Aziz Enggan Panjangkan Isu
Artikel Berkaitan: ‘Kita Bagi Peluang & Ruang’ – Hubungan Zulin & Suami Sudah Pulih?
Diganggu
Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 33, dia dan suami telah diganggu ‘makhluk’ tersebut pada waktu malam sehingga hari menjelang subuh.
Kongsinya, antara kejadian aneh yang dialami termasuk ada kesan tapak tangan di bilik mandi, bunyi anjing menyalak dan bunyi pergerakan perabot.
Lama tak pergi Cameron Higlands. Tapi kena kacau memang tak kelakar ya!
Tak cukup tidur, ‘dia’ ganggu sampai subuh. Mengantuk-mengantuk pagi terus checkout. Nasib baik sarapan sedap.
Masa mandi, tiba-tiba ada bekas tapak tangan dekat cermin, kau rasa? Bunyi bising, anjing menyalak. Bunyi tarik perabut.
Justeru, kata Zulin dia mengambil keputusan untuk meninggalkan hotel yang tidak didedahkan namanya menjelang hari siang.
Zulin berkongsi mengenai perkara itu menerusi kemas kini di laman TikTok miliknya.
Dalam pada itu, aktres berkenaan berkata, sekiranya dia ingin datang semula ke pusat pelancongan tersebut, dia memilih untuk tidak bermalam di sana.
Lepas ini aku pergi Cameron balik hari je lah. Siang indah, malam seram oi.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah di ruangan balas turut berkongsi beberapa pengalaman seram mereka ketika berada di Cameron Highlands.
Sumber: TikTok