Pelakon Zulin Aziz memaklumkan dirinya tidak terasa hati jika ada pihak yang menegur bentuk badannya semakin berisi kerana mengandung.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zulin Aziz Teringin Timang Anak Kembar – ‘Doakan Tau, Saya & Suami Masih Berusaha’
Tak boleh orang panggil gemuk
Walau bagaimanapun, pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz berkata dia akan terasa hati jika ada yang menegur dirinya semakin berisi kerana ‘gemuk’.
Saya tak okay kalau orang cakap saya dah gemuk, saya okay saja kalau orang cakap saya hamil. Saya gembira saja kalau badan naik dan orang tegur, ‘Eh pregnant’.
Saya akan aminkan doa itu sebab tak ada la malu sangat yang saya dah gemuk kan.
Kalau macam orang tegur, ‘Kau dah gemuk sekarang’, saya akan kecil hati.
Bagi saya, kalau ada yang nampak saya gemuk tu, anggap sajalah yang saya hamil.
Zulin berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media Muzikal Lawak Superstar yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Tambah Zulin, dia akan menjadi lebih semangat untuk mendapat cahaya mata sekiranya ada yang beranggapan dirinya sedang berbadan dua.
Saya anggap mereka teruja lah dan saya pun jadi semangat nak buat anak. Lagipun, bila mereka tanya atau tegur itu, saya anggap itu satu doa juga.
Nak cakap balik dekat orang yang saya tak hamil itu, saya takut kecewakan mereka pula. Jadi, saya biarkan saja dan anggap saja la saya hamil.
Tak kisah orang pegang perut
Ketika ditanya adakah dirinya terasa hati jika ada pihak yang memegang bahagian perutnya, pelakon berusia 35 tahun ini memilih sikap terbuka dan menganggap ia sekadar cara seseorang itu mahu memulakan perbualan dengannya.
Saya tak terasa langsung (pegang perut), kalau ada orang pegang perut boleh terus pregnant, saya nak. Sebenarnya ikut logik, orang jadikan sebagai topik untuk berbual saja.
Lagipun itu benda pertama yang dia nampak. Kita anggap itu topik perbualan.