Sebut sahaja nama Amar Baharin pasti ramai gadis di luar sana terbayang akan ketampanan pelakon yang semakin meningkat naik ini. Hasil lakonan mantap dirinya dalam beberapa drama, Amar dicalonkan untuk 2 kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.
Terbaru Amar berkongsi foto peminat ‘borong’ surat khabar semata-semata sebab nak undi dirinya. Namun, ada pihak mendakwa Amar undi diri sendiri?
Gotong Royong Undi Amar Baharin
Pada awalnya agak terkejut juga kami bila melihat foto yang dikongsi oleh Amar ini. Iyalah sampai berpukal-pukal beli surat khabar. Lepas itu gigih isi satu-satu, dah macam gotong royong. Mungkin inilah yang dimaksudkan peminat fanatik.
Tapi yang tak sedapnya bila ada pihak mendakwa Amar undi diri sendiri. Malah ada juga yang menganggap tindakan peminat fanatik Amar ini sebagai membazir.
Kalau Saya Undi Diri Sendiri Pun Apa Masalahnya?
Tak mahu perkara ini disalah erti oleh peminat lain, Amar bertindak membalas komen-komen tersebut dengan caranya yang tersendiri.
Mustahillah Amar nak undi diri sendiri kan? Rasanya Amar layak mendapat 2 pencalonan tersebut iaitu Pelakon TV Lelaki dan Gandingan Serasi di Layar berdasarkan bakat yang dimilikinya.
Sebenarnya semua ini atas kesungguhan peminat yang menghargai bakat Amar. Dah orang nak undi, takkan dia nak halang?