Pada bulan lalu pelakon Ummi Nazeera selamat diijabkabulkan dengan pasangan Mohd Izzar dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup. Majlis resepsi pula telah berlangsung pada sabtu lalu.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah satu persembahan tarian semasa majlis tersebut berlangsung. Kenapa tak best ke? Atau terlalu keterlaluan?
Tarian Ummi Nazeera & pasangan
Gempak gila finale wedding reception Ummi Nazeera. Satu family menari sama2 atas pelamin.
Tag member2 korang yg nk kahwin tu buat mcmni ? pic.twitter.com/ZPB1lQodG4
— Naz | Mr. Fantastic (@WanMohdNazri) August 6, 2017
Video yang dikongsi di Facebook dan Twitter itu menyaksikan Ummi Nazeera dan pasangan menari sambil diiringi penari lain. Ramai yang menganggap ianya sebagai satu persembahan yang kurang elok dan tidak sopan untuk majlis perkahwinan.
Selain itu pemilihan lagu semasa persembahan itu juga turut dipertikai kerana liriknya yang mengandungi perkataan yang sering digunakan dalam acara keagamaan.
Netizen terkejut
Sumber : TV3, WanMohdNazri