Minggu lepas dunia hiburan kembali panas dengan isu skandal Adi Putra yang dikatakan bakal dibuka untuk siasatan semula. Ini berikutan pegawai penyiasat yang mengendalikan kes tersebut dikatakan telah dikenakan tindakan tatatertib.
Bagaimanapun, ketika kami menghubungi Adi Putra sendiri, dia enggan memberikan sebarang komen dan hanya meminta semua menghormati Ramadhan yang bakal menjelang.
Tetapi, menerusi rancangan Melodi semalam, Amiruddin menjelaskan dia ingin mendapat pembelaan sewajarnya berkenaan kes tersebut berikutan tindakan tatatertib yeng telah diambil terhadap pegawai berkenaan.
Amiruddin dan bekas isterinya Nooraida ketika ditemui sewaktu sidang media tahun lalu
Saya telah menerima surat daripada Bukit Aman lebih kurang 3 minggu yang lepas, dimana keputusan yang telah dinyatakan disitu, didapati tindakan tatatertib telah diambil pada pegawai penyiasat kes saya yang telah saya laporkan pada bulan 8 tahun 2013.
Peguam saya telah berbincang dan memberitahu saya bahawa mereka hendak meneruskan tindakan selanjutnya. Bagi saya, saya serahkan semua ini kepada peguam saya. saya harap dapat pembelaan sewajarnya
Kalau nak tahu, Amiruddin turut memberitahu punca sebenar perceraiannya dan dia kesal apabila dia berpisah dengan Nooraida dek kerana kes tersebut.
Saya sebenarnya telah menceraikan isteri saya pasa 21 Dec. Perceraian sebab utama kerana kes tersebut. Saya amat kesal kes ini terjadi dan kami terpaksa berpisah.
Mungkin orang ramai akan tanya kenapa dah berpisah nak ambil tindakan, saya rasa perpisahan adalah akibat tersebut tetapi bagi saya sekarang hanya nak undang-undang diambil dan saya nak tegakkan kebenaran.
Nampaknya, Amiruddin betul-betul ingin menegakkan keadilan buat dirinya. Adi Putra pula bagaimana ya, masih ingin berdiam diri? Apapun, kami harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik dan secepat mungkin.