Nampaknya desas desus mengatakan kononya pelakon kacak, Ashraf Muslim ingin berkahwin kali kedua adalah benar, ini kerana menerusi laporan akbhar Kosmo Online! hari ini, pelakon tersebut dikatakan telah bernikah dengan wanita pilihannya yang juga seorang bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai lalu.
Artikel Berkaitan :
- Poligami Punca Ashraf Muslim Letak Jawatan Dari Pusat Rawatan Islam?
- Dayana Redha Jika Ashraf Muslim Kahwin Lain
- Ashraf Muslim Perjelaskan Isu Rumahtangga
- Ashraf Muslim Enggan Komen Lanjut Isu Kahwin Dua
Sehubungan dengan itu, pihak Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini telah membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami yang pernah diusulkan sebelum ini.
Ashraf & Diyana sewaktu bernikah di Makkah
Dalam pada itu, hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab turut mengarahkan agar Mohd. Ashraf membayar kos mahkamah berjumlah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman.
Menerusi laporan berlainan, Ashraf Muslim sebelum ini dikatakan telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk membuat permohonan berpoligami bagi mendapatkan kebenaran mahkamah untuk berkahwin lagi selepas dia bernikah dengan isterinya, Noor Dayana Lokman, 26, pada 30 Ogos 2011 di Makkah.