Sebelum ini Ashraf Muslim lebih selesa mendiamkan diri berkenaan kontroversi yang mengatakan dia mahu menikah lagi satu dipercayai kerana masih belum dikurniakan zuriat sehingga sekarang.
Ingatkan bila tiada respon dari Ashraf, kes akan selesai tapi tenyata jangkaan itu meleset sama sekali apabila muncul pula seorang wanita bernama Sakinah mengakui dirinya adalah bakal isteri kedua Ashraf.
Namun begitu, Ashraf masih tidak melatah atau berbalas kenyataan dengan wanita itu sehinggalah hari ini dia menjelaskan isu rumahtangganya kepada akhbar Kosmo.
Dayana masih satu-satunya isteri saya yang sah. memang saya mengaku pergi Mahkamah Syariah tetapi untuk apa dan buat apa, saya tidak boleh kongsi. Saya harap semua faham kerana banyak hati yang perlu saya jaga, saya tidak mahu kenyataan saya akan menyebabkan salah faham yang lebih besar.
Artikel berkaitan
- Dayana Redha Jika Ashraf Muslim Kahwin Lain
- Poligami Punca Ashraf Muslim Letak Jawatan Dari Pusat Rawatan Islam?
Tak lama selepas kes kahwin dua diperkatakan, timbul pula cerita lain apabila dia dikatakan meletakkan jawatan di pusat rawatan Islam milik bapa mertuanya. Namun tak dapat dipastikan sama ada perkara ini berkait rapat dengan masalah rumahtangga mereka ataupun tidak.
Buat peminat-peminat Ashraf, doakanlah yang terbaik buat pasangan ini ya. Semoga apa yang kita dengar mengenai rumahtangga mereka cumalah khabar angin semata.