berita

‘Bab* Betul Dapat Anak Binatang Macam Kau’ – Gara-Gara Post Ini, Elyana Naik Angin Dikritik Haters

February 12th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Umum mengetahui penyanyi yang dulunya popular dengan lagu Kalis Rindu, Elyana menghidap kanser Limfoma tahap 4. Selepas pengakuan tersebut dibuat, ramai yang bersimpati dengan nasib Elyana tidak kurang juga yang menyokong perjuangannya melawan kanser. Namun, seakan sudah menjadi adat, seorang selebriti tidak boleh lari daripada kecaman netizen.

Terbaru Elyana memuatnaik gambar dan video menghadiri konsert Shiela on 7 di Kuala Lumpur. Di ruangan komen, ramai yang mengkritik Elyana yang tidak seperti ‘orang sakit’. Siap ada yang komen, jangan dah terlantar baru nak insaf.

Aku tak peduli dengan mulut orang – Elyana

Aku tidak peduli dengan mulut orang. Kerana bukan mereka yang memberi mulut ku makan. Aku bukan orang yang baik. Tetapi aku tidak suka menentukan orang lain jahat atau pun baik.

Selepas memuatnaik sekeping gambar dengan kapsyen enggan mengambil peduli dengan mulut orang, Elyana menerima kritikan daripada haters yang tidak setuju dengan apa yang ditulisnya. Menurut mereka, memang bukan manusia yang memberi Elyana makan, tetapi Allah swt. Jadi seharusnya Elyana mengikut perintahNya.

Dikritik netizen

Respon Elyana

Alhamdulillah…saya tak tau apa salah saya dengan awak, dan yang lain-lain. Semoga semua kata kata anda terhadap saya berbalik kepada anda, serta keluarga yang anda sayangi.

Saya tidak pernah menggangu anda, serta keluarga. Jika saya ada reply comment, dengan ayat yang tidak boleh anda terima kerana anda merasakan ianya kasar, sama juga seperti saya. Saya juga punya perasaan dan punya keluarga yang masih mempunyai perasaan.
Tak kan kerana artis, saya tidak layak untuk membela diri saya ketika orang rancak menghina? Apa yang boleh saya katakan disini, saya susah untuk memaafkan anda.

Setelah dikritik bertubi-tubi, Elyana tampil mempertahankan dirinya. Dia memberi susah untuk memaafkan haters yang menghinanya di ruangan komen. Dia juga seperti manusia biasa yang mudah terguris dengan kata-kata yang kasar.

Sumber : Instagram Elyana

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×