Sebut sahaja Cameron Highland pasti ramai yang dah pernah bercuti di pusat peranginan tanah tinggi ini kan? Disamping suhunya yang sejuk dan pemandangan yang menarik, macam-macam lagi yang boleh dilakukan di sini.
Pendek kata memang syok! Kebun teh, taman bunga, kebun sayuran, taman rama-raman dan banyak lagi. Namun ramai sebenarnya tak tahu nak menginap di mana jika ke sana.
Alang-alang dah sampai tu, apa salah menginap di 4 hotel yang bakal buat korang rasa seperti bercuti di England! Wah macam menarik, jom ushar.
The LakeHouse, Tanah Rata
Memang cantik! Pemandangan yang cukup menarik serta seni bina hotel berkonsepkan English Tudor ini buat korang rasa seperti bercuti di luar negara.
Nak buat photoshoot pun memang sesuai sangat dekat sini apatah lagi kalau nak upload gambar banyak-banyak dekat Instagram hehe.
Website : www.lakehouse-cameron.com
The Smokehouse Hotel
Bukan setakat seni reka menarik yang dibina pada tahun 1937 sahaja, taman di sekelilingnya cukup menawan dipenuhi bunga bewarna warni dan tumbuhan menjalar di luar luar dinding rumah.
Macam dalam movie ‘mat salleh’ je kan?
Website : www.thesmokehouse.com
Planter’s Country Hotel, Tanah Rata
Sebelum ini hotel ini dikenali The Bala’s Holiday Chalet. Banyak video klip lagu tempatan menggunakan lokasi ini dalam video muzik mereka.
Website :www.planterscountryhotel.com
Cameron Highlands Resort
Website : www.cameronhighlandsresort.com