Mungkin pada dunia, dia ditertawakan kerana bentuk tubuhnya yang besar, namun pada suaminya, dia cukup sempurna. Itu yang boleh diungkapkan kepada pasangan dua dunia Aiffa Syakirin Abd Majid dan suaminya, Badr Kebdani.
Sudah tiba masanya kita berhenti mengucapkan tahniah kepada lelaki yang tertarik dengan wanita yang ‘tidak cantik’ seperti didefinisikan dunia. Semalam, sebuah foto mengabdikan momen persandingan yang indah mendapat perhatian ramai dengan hampir 9000 tanda likes di akaun Instagram Aiffa. Lebih menarik, adalah apabila kami mendengar kisah percintaan mereka yang bermula secara tidak sengaja.
Cinta berputik dalam Grab
Kisahnya macam ini, akak seorang pengasuh dan part-time pemandu Grab. Tahun lepas, lebih kurang dalam bulan 10 ke 11 macam tu, husband akak travel ke Malaysia dan Singapore. Akak tinggal di JB. Masa husband dari Singapore masuk ke Malaysia.. di CIQ, dia pun guna Grab akak untuk ke Airport Senai. Akak memang seorang yang peramah lagi-lagi dengan outsiders. Hehehehe… Jadi dalam perjalanan tu akak borak lah dengan husband ni sampailah airport tu. Selang beberapa hari…
Berhubung secara berjauhan selama setahun
Akak dapat Whatsapp dari husband… Masa tu, husband dah balik Morocco dah… Kami berhubung jarak jauh… Selama setahun… Hanya berhubung guna WA, Skype dan Messenger… Husband akak ni dia petani kat sanan… Setiap kali musim sejuk dia tak bercucuk tanam… Jadi dia akan travel, tu yang last year dia travel Malaysia dan Singapore. Jadi, tahun ini, masuk je bulan 11 hari tu, dia travel ke sini sekali lagi untuk melamar akak dan terus kahwin..
Seperti yang dijangkakan, foto itu menerima serbuan reaksi dari netizen. Rata-rata memuji sikap positif Aiffa terhadap tubuh badannya dan cara suaminya itu mencintainya. Dalam kata-kata Aiffa:
Sepanjang perkenalan kami, dia tidak pernah buat akak rasa self-conscious dengan diri akak. Masa borak dalam Grab tu, dia rasa akak honest… sebab akak cerita akak full-time pengasuh, part-time Grab… So dia ckap akak independent… Walau badan besar tapi aktif… Bila lama berkawan, dia paling suka sebab akak tak hipokrit and penyayang kat budak-budak. Paling penting dia cakap, dia rasa akak jujur.. sempoi…kelakar.
Bila kami bertanya apa yang membuatkan Aiffa terbuka hati untuk menerimanya, dia berkata:
Dia betul-betul put effort dia. Semata-mata datang sini sekali lagi untuk kahwin dengan akak. Dia buktikan kesungguhan dia. Morocco bukan dekat, jadi bila dia betul-betul datang jumpa family… Datang dengan cara baik… Sebab tu akak terima…Memang kami tak pernah keluar dating…. Sebelum tu… Jumpa sekali. Then kawan jarah jauh… Then, kahwin.
Sesungguhnya cinta sejati tidak mengenal erti rupa. Dan, sesungguhnya jodoh dan pertemuan itu terletak di tangan-Nya. Kami di OhBulan! mengucapkan tahniah kepada Aiffa dan pasangan. Di sini kami berkongsi antara foto di hari bahagianya. Comel betul dua ni!
Sumber: Ihsan Aiffa Syakirin; Facebook: Redup Redup Kerinduan, Instagram: missjumboqueen