Anak kedua Nora Danish, Neyney mendapat perhatian netizen sejak dilahirkan lagi. Malah, kecomelan anaknya ini turut dipuji segelintir peminat. Bayi berusia 2 bulan ini juga tidak terlepas dari menerima kecaman netizen yang berpendapat anak kepada pasangan Nedim dan Nora Danish ini tidak comel.
Artikel berkaitan: Kutuk Anak Nora Danish Tidak Comel, Lihat Apa Respon Netizen Terhadap Wanita Ini..
Bagaimanapun, individu tersebut telah pun tampil memohon maaf menerusi Direct Message (DM) ke Instagram Nora Danish sendiri. Ini pula respon pelakon drama Puteri terhadap kecaman anaknya.
Ingat keluarga sendiri
Walaupun pelakon ini sudah biasa dan jemu menerima kecaman dari netizen tetapi ada kalanya dia juga kesal dan bersedih menghadapi setiap kecaman. Ternyata Nora Danish terkilan dengan kecaman dari segelintir netizen yang sanggup berbuat demikian terhadap Neyney.
Dia juga tidak menyangka netizen boleh berfikiran sejauh itu untuk menilai ciptaan Tuhan terhadap anaknya. Dia menyifatkan bayi 2 bulan itu tidak seharusnya menerima kutukan sedemikian kerana masih lagi kecil dan belum tahu apa-apa.
Usah dijadikan budaya
Media sosial yang dianggap remeh ini akan jadi budaya turun-temurun. Saya risau Rykal dan Neyney, apa yang akan jadi kepada mereka ini yang hidup dalam budaya media sosial.
Nora turut bersyukur akan kehadiran cahaya mata Neyney dalam hidupnya sebagai pelengkap keluarga bahagia. Tambahan pula, Rykal dan Dre yang tidak cemburu malah menyayangi Neyney seperti adik-beradik kandung.
Credit: mStar