Sebelum ini, nama pemain bola sepak terkenal ini pernah menjadi bualan selepas dilanda kontroversi berhubung kes perceraian dan isu hak penjagaan anak bersama pelakon popular, Rita Rudaini.
Tak cukup dengan kekalahan pasukan bola sepak Malaysia, Aidil turut dihentam oleh peminat-peminat Rita Rudaini yang tidak berpuas hati dengannya. Kontroversi mereka mula reda apabila masing-masing mengambil langkah berdiam diri di laman sosial.
Namun begitu, baru-baru ini di laman Instagram Aidil, atlit negara ini dilihat kerap berkongsi beberapa keping fotonya bersama seorang wanita. Wanita yang dipercayai bernama Zarema Zainal itu sebelum ini pernah didakwa sebagai punca rumah tangga Aidil dan Rita retak.
Menerusi laman sosial Aidil, keduanya kelihatan selesa dan tidak kekok mengambil gambar bersama.
Walaupun Aidil tidak menulis sebarang caption di foto-foto yang dimuatnaik, rata-rata pengikutnya telah mula menghidu kemesraan yang terjalin antara mereka berdua.
Melalui respon peminat di ruang komen pula, pemain bola sepak itu tidak teragak-agak untuk mengucapkan terima kasih atas ucapan yang diberikan padanya dan Zarema. Adakah ini satu tanda bahawa Aidil mengiakan hubungan mereka?
Antara komen-komen Aidil Zafuan bersama pengikut Instagram-nya
Apa pun jika benar, OHBULAN! harapkan hubungan mereka kekal hingga ke jinjang pelamin dan bahagia bersama selamanya. Mari lihat foto-foto selepas ini.
Untuk pengetahuan, sebelum ini Aidil Zafuan pernah bercerai dengan pelakon jelita Rita Rudaini. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua cahayamata, Airit Rafqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin.