berita

Hangat Isu LGBT, Ustaz Ebit Lew Nekad Jumpa ‘Kaklong’ Kawasan….Ini Hasil Pertemuan Mereka

August 9th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, isu LGBT semakin menjadi bualan hangat netizen apabila golongan sebegini semakin terbuka menonjolkan diri mereka. Paling memeranjatkan, beberapa aktivis kini secara terbuka cuba memperjuangkan hak golongan LGBT ini menuntut hak kesamarataan.

Hakikatnya jauh dilubuk hati mereka ada sesuatu yang cuba disampaikan namun tidak didengari oleh masyarakat. Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew mendekati golongan ini bagi mendengar luahan mereka dan berkongsi sedikit ilmu dengan harapan ada sinar baru buat mereka.

Temubual bersama golongan maknyah

Menerusi video live berdurasi 45 minit ini, Ustaz Ebit Lew menemuramah beberapa orang golongan LGBT di sebuah kedai makan. Turut sama dua orang lelaki yang telah berhijrah sepenuhnya.

Niat memang ada tapi takut untuk tunjuk diri kerana kadang-kadang dipolitikkan. Jangan tanamkan sifat kebencian, sepatutnya kita tanamkan sifat kasih sayang kalau nak mengubah mereka. Kalau mendekati maknyah bukan susah. – Nana

Mak bapak mana yang minta anak jadi macam mana. Mak kita sendiri pun malu juga. Tapi kita jaga dia untuk kebahagian, tiadalah kita tunjuk kita jahat. Kita ini maknyah bukan minta nak jadi macam ini tapi naluri kita. Bukan kita tak tahu haram dan halal. Yang haram tetap haram tapi nawaitu kita bersih. – Mak Ika

Takkan kita nak sembahyang kena buat live, apa perbuatan baik kita tak post. Tapi bila kita post jalan jalan mesti kena kecam dengan netizen. Saya hadiahkan majlis ilmu ini pada arwah ibu saya. Tak sempat jumpa ibu sebelum meninggal – Kak Bah

Sudah 2 tahun saya berhijrah tapi saya selalu fikir cara bagaimana dekat dengan Allah. Rasa malu nak berdepan dengan orang. Doa doakan saya juga dengan kawan-kawan saya. – Hairi

Menurut ustaz Ebit Lew, ini adalah ujian bagi mereka. Semua golongan begini ingin berubah namun kita sebagai orang biasa perlulah membimbing kita. Kita buat baik untuk Allah sayang.

Bergenang air mata dengar mereka

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Maknyah..malam tadi dapat jumpa ramai maknyah..mereka semua baik dengar nasihat. Masa mula cerita pasal mak.ayah masing-masing sebak. Jika duduk dekat situ nampak mata mereka semua bergenang walau berbual santai. Kita semua sama-sama dahagakan kebaikan dan dekat diri pada Allah.Saya percaya kebesaran Allah itu ubat bagi segala hati..Doakan nanti teringin nak bawa mereka semua 3hari belajar santai iman amal dan muhasabah diri. Pohon doa semua yer..semoga jadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew

Sumber : Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Most Read Today