Semalam, industri hiburan dipanaskan dengan cerita Rita Rudaini diganggu oleh isteri bekas suaminya, Zarema Zainal.
Artikel Berkaitan:
- [PANAS] Ini Bukti Isteri Aidil Zafuan Ganggu Rita Rudaini Tengah Malam?
- Nombor Tersebar, Aidil Zafuan Buat Laporan Polis Keatas Rita Rudaini?
Dek kerana itu, Aidil Zafan telahpun membuat laporan polis sekitar petang semalam. Katanya kepada mStar Online, sebenarnya, dia yang menggunakan nombor Zarema untuk menghubungi Rita.
Nak bercakap dengan anak-anak katanya. Hmm. Eh, korang nak tahu tak apa reaksi Rita apabila Aidil buat laporan polis?
Terima Kasih Kerana Buat Report & Mengsahihkan Empunya Nombor
Kalau nak tahu, menerusi laman Instagram Rita, dia ada memuat naik pesanan ikhlas tau! Lagi best, Rita turut berterima kasih kepada bekas suaminya kerana membuat report polis.
Sekaligus membuktikan dan mensahihkan siapakah pemilik dan empunya nombor berkenaan. Fuh! Makin panas ni.
Rita Padam Nombor Zarema
Haaa, setelah satu Malaya kecoh mengenai insiden ini, Rita telahpun menurunkan post yang dibuat semalam.
So bila dah terjawab semalam empunya nombor, bolehlah saya delete post semalam ye.