Lewat petang tadi, pelakon yang tidak lekang dengan kontroversi, Hanez Suraya baru sahaja merungkai teka-teki mengenai isu percintaannya dengan seorang jejaka bernama R.
Ternyata, sebenarnya kekasihnya itu masih lagi bergelar suami kepada seorang wanita bernama Liyana Manan yang sebelum ini pernah mendakwa Hanez dan suaminya pernah bercuti ke Bangkok berdua-duaan.
Namun, dalam sidang media yang dibuat sebentar tadi, kekasih Hanez menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perkara tersebut hanya fitnah yang sengaja dilemparkan.
R tampil bersama peguamnya dalam menjelaskan kontroversi dia dan Hanez Suraya
Itu semua fitnah. Saya pergi ke Bangkok pada bulan Januari dan kami pergi bertujuh termasuk seorang ahli keluarga Hanez iaitu adiknya.
Jadi gambar yang mengatakan kami hanya pergi berdua, itu semua dakwaan yang tidak benar. Jika pihak sana (Liyana) boleh buktikan saya mengenali Hanez selama 8 bulan, saya nak dia kemukakan bukti.
Dalam pada itu, kekasih kepada pelakon drama bersiri ‘Autumn Di Hatiku’ ini berkata dia mengenali Hanez ketika menghadiri satu majlis di UiTM Shah Alam pada 20 Disember 2013 yang lalu.
Hanez kelihatan tenang sebelum masuk bagi memulakan sidang media
Pemilik nama Romie Razin Adilha atau lebih dikenali sebagai R ini menjelaskan isterinya telah menfailkan cerai pada 8 Oktober tahun lalu dan ia merupakan fail cerai kali kedua, dan segala dakwaan isterinya di mahkamah sebelum ini tidak ada kena mengena dengan punca orang ketiga.
Untuk pengetahuan, Hanez akui mengenali R sekitar bulan Disember lalu dan mula serius dalam hubungan itu sejak Januari lalu, tetapi, menafikan dakwaan turut ikut campur dalam hal pergolakan rumahtangga kekasihnya itu.