Selepas namanya viral tempoh hari kerana vaksin, Suhaimi Saad sekali lagi dikecam netizen kerana kehidupannya yang ‘zuhud’ hingga tidak menyediakan keperluan asas seperti mesin basuh dan peti ais di rumahnya.
Artikel Berkaitan : Tiada Mesin Basuh, ‘Ajar’ Anak Minta Sedekah & Tak Hantar Anak Ke Sekolah, Ini Respon Suhaimi Saad
Suhaimi yang merupakan suami kepada Ina Naim bagaimanapun meminta orang ramai untuk doakan mereka. Kami bagaimanapun tertarik dengan teguran lelaki ini, sesuatu yang boleh difikirkan oleh Suhaimi.
Apa salahnya beli mesin basuh
Kalau isteri yang ditugaskan untuk basuh baju dalam keluarga tu, apa salahnya beli mesin basuh untuk bantu isteri. Tetapi kalau memang nak jimat atau tak mampu beli mesin basuh, itu lain cerita lah. Namun, pastikan la suami tu bantu sekali basuh pakaian kat bilik air tu guna tangan. Lagipun, itu hak dia tak nak beli mesin basuh. Tak ada masalah.
Kalau tak nak beli sofa, tak apa. Orang jepun pun tak ada sofa sangat. Aku pun tak beli sofa, sebab tak mampu.
Kalau tak nak hantar anak ke sekolah tak apa. Tetapi perlu tahu yang pengetahuan kita tak banyak mana. Boleh la upah private tutor untuk mengajar mata pelajaran yang di luar pengetahuan dan bidang kita.
Kalau betul nak mengajar sendiri, pastikan jam kredit, silibus, dan pencapaian anak setara atau lebih daripada kanak-kanak yang pergi sekolah.
Jika tak silap saya, ada undang-undang yang diperuntukkan untuk memenjara ibu bapa yang tak hantar anak ke sekolah. Dari cari nahas, baik hantar sahaja anak ke sekolah atau dapatkan kebenaran untuk belajar dari rumah.
Janganlah susahkan isteri
Tiada peti ais? Tidak apa, tetapi pastikan ringan tulang untuk pastikan setiap barang di dapur sentiasa ada apabila hendak memasak. Lagipun, itu hak dia tak nak beli peti ais. Tak ada masalah.
Tujuan peti ais dan mesin basuh itu sebenarnya untuk membantu dan menjimatkan masa untuk kita buat kerja lain selain meluangkan masa untuk anak-anak dan keluarga
Sebagai contoh, saya dulu basuh baju pakai tangan untuk sebaldi pakaian, dalam 2-3 jam (siap jemur sekali). Beli barang mentah tu, bergantung kepada jarak kedai. Selalunya dalam 10 minit tau 30 minit. So bayangkan 2-3.30 jam tu, boleh digunakan untuk mandikan anak, kemas rumah, sapu lantai, memasak, dan apa-apa yang patut.
Jadi, kalau suami dia buat semua benda yang boleh diisi dalam 2-3.30 jam tersebut, tidak apalah tidak ada mesin basuh. Sebab sama-sama buat kerja. Dan benda yang boleh dibuat kalau ada mesin basuh sudah terisi.
Janganlah susahkan isteri jika mampu ringankan bebannya.
***
Tambahan, kalau kononnya tak beli semua itu untuk zuhud, zuhud abah dia kalau memanjang selfie.
Aku malas nak cakap pasal pandangan dia tentang vaksin, sebab ramai orang dah attack dia. Aku memang tak setuju pandangan dia tentang vaksin. Kelaut.
Antara komen pada artikel yang kami kongsikan sebelum ini. Pelbag pendapat dan pandangan. Hanya dia je tahu apa yang dilakukan untuk keluarga, doakan yang terbaik okay.
Sumber : Suhaimi Saad, Muhammad Musoddiq