berita

Johan As’ari Dikecam Kerana Persoal Kewajaran Boikot McD

August 6th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Kontroversi-Tidak-Jejas-Karier-Johan-Asari

Setuju atau tidak bahawa perkataan ‘boikot’ merupakan perkataan paling popular di laman sosial sejak akhir-akhir ini. Kempen yang dilakukan demi mengecam tindakan Israel terhadap rakyat Palestin itu termasuklah untuk memboikot makanan segara, McDonalds (McD).

Malah, Wardina Safiya juga telah menyeru semua artis untuk menamatkan kontrak bersama sebarang jenama yang menyokong Israel. Namun, lain pula ceritanya dengan Johan As’ari.

Artikel Berkaitan: Wardina Seru Artis Malaysia Tamatkan Kontrak Dengan Jenama Yang Membantu Israel. #Savegaza

Menerusi laman Instagramnya, pelakon muda itu dilihat telah memuat naik sekeping foto seakan-akan mempersoalkan kewajaran rakyat Malaysia untuk memboikot McD.

Screen Shot 2014-08-05 at 9.32.16 PM

Bagaimanapun, pendapat peribadi yang diutarakan itu telah mengundang perdebatan di kalangan followers Instagram Johan sendiri.

Ada yang dilihat tidak menyenangi buah fikiran Johan As’ari dan menganggap bahawa pelakon itu bersikap tidak sensitif terhadap kemelut yang melanda Israel-Palestin.

arif

Antara komen followers yang tidak bersetuju dengan pendapat Johan As’ari

Hurm..bagaimana dengan pendapat anda semua pula? Setuju atau tidak dengan kata-kata Johan? Apapun, yang penting kita sama-sama mendoakan agar krisis itu bakal berakhir tidak lama lagi.

Kredit foto: Instagram Johan As’ari

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×