Banyak andaian yang dikeluarkan media dan netizen sejak kebelakangan ini tentang rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa. Apatah lagi kedua-duanya masih lagi mendiamkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan tentang apa yang sedang berlaku.
Artikel Berkaitan : Sebelum Rumah Tangga Hafiz Hamidun Didakwa Bermasalah, Ini Status Joy Revfa
Joy menerusi perkongsian terbarunya di Instagram memberitahu orang ramai agar tidak mendengar perkara-perkara negatif tentang dia dan Hafiz Hamidun. Hanya mereka berdua sahaja tahu apa yang sedang berlaku.
Tak mahu sengketa
Mohon tak perlu dgr mana2 pihak walaupun keluarga, kawan2 & bekas suami berniat utk lindungi & mempertahankan saya.. Saya mohon sekali lagi tak perlu lg ada yang tulis atau dengar anggapan negatif apa2 tentang dia mahupun saya.
Kerana kuatir lebih mengeruhkan lagi keadaan. Biar lah saja kami umumkan kenyataan rasmi masing2 nanti tentang kami berdua.. kami ingin ianya berlalu dengan apa adanya & tanpa bersengketa.
Harap semua faham
Harap semua dapat memahami & bawa bertenang.. Biarkan kami menjalani hidup dengan tenang & fokus dgn kerjaya masing2.
Apa yg terjadi biarlah saya & dia saja yg tahu.. Sesungguhnya semua yg terjadi ini adalah ketentuan Allah swt.. Saya hanya mampu bertawakal & berdoa semoga semuanya dipermudahkan.. kita hanya mampu merancang namun semua nya Allah swt yg tentukan.. Let it be & trust the process.
Minta bersabar
Sementara itu Hafiz Hamidun menerusi perkongsiannya di Instagram meminta orang ramai untuk bersabar.
Sumber : Joy Revfa