Sebagai ketua keluarga, seorang suami sepatutnya menjadi pelindung untuk isteri dan anak-anaknya. Selain keperluan makan, minum, tempat tinggal dan pakaian, sebuah keluarga memerlukan rasa selamat untuk mewujudkan keluarga bahagia.
Lain pula kisahnya dengan seorang lelaki yang tergamak memperlakukan si isteri dengan ganas hanya kerana alasan kecil dan tidak munasabah.
Ibu tertuduh menangis teresak-esak
Seorang lelaki bertindak menggigit badan isterinya hanya kerana tidak menyediakan makanan bagi berbuka puasa dan dijatuhkan penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shahrin Mohd Mokhtar, 28, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Mengikut pertuduhan, bapa anak satu itu didakwa dengan sengaja mencederakan isterinya, Safizamira Sebri, dengan cara menggigit, memukul serta menampar wanita itu sehingga luka di bahagian tangan, muka dan perut.
Dipanggil pulang dari rumah kawan
Mengikut fakta kes, sebelum kejadian itu, isteri tertuduh berada di rumah kawannya sebelum lelaki itu mengamuk dan memanggilnya pulang dan mengarahkan wanita itu untuk menyediakan juadah berbuka puasa.
Apabila sampai di rumah mereka, kedua-duanya namun berlaku perselisihan faham yang menyebabkan tertuduh bertindak melambung, menggigit perut dan menampar wanita itu.
Sumber: Harian Metro