Setelah dikecam hebat oleh netizen gara-gara pengetahuannya yang cetek tentang GST, Mawar Rashid telah pun beberapa kali tampil membuat permohonan maaf.
Terbaru, sahabat Mawar yang merupakan penyanyi rap, Caprice tampil mempertahan tindakan finalis Dewi Remaja tersebut dan bercadang menerbitkan buku tentang GST khas buat kanak-kanak.
Buku GST Untuk Kanak-Kanak?
Menerusi status yang dikongsi di laman Instagram miliknya lagi, Caprice yakin hampir 40% rakyat Malaysia termasuk Mawar Rashid tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan GST.
Bagi mengatasi perkara ini, Caprice melalui syarikatnya Caprice Technologies Sdn Bhd menawarkan diri untuk bekerjasama dengan pihak kementerian bagi menerbitkan buku tentang GST untuk diedarkan kepada kanak-kanak.
Nampaknya bersungguh-sungguh Caprice mahu merealisasikan impiannya ini. Semoga berjaya lah tapi kalau GST tak ada langsung kan bagus? Hurm..
Interview Tersebut Buat Mawar Rashid Stress
Menurut Caprice, interview tersebut dijalankan dalam keadaan yang tidak sepatutnya, memberi tekanan kepada Mawar malah menyebabkan berlakunya gejala pembulian siber.
Caprice tampil dengan kempen Bullying Stops Now dan sehingga kini mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.