Setuju tak kalau kami katakan bahawa YB Khairy Jamaluddin merupakan menteri yang paling cool dan versatile di Malaysia. Bukan sahaja terkenal dengan sikapnya yang mesra di laman sosial malah cukup dekat di hati rakyat.
Walaupun bergelar Menteri Belia & Sukan namun kebolehan KJ dalam kepelbagaian bidang yang diceburi diakui ramai. Jika sebelum ini KJ pernah berlakon sebagai pemandu teksi dan penjual ayam percik, kali ini beliau menjadi pengarah pula!
Kagum Hasil Karya KJ
Mula diperkenalkan sejak 2013, Ikal Mayang merupakan kompilasi filem pendek yang membawa mesej utama berkisarkan tentang wanita. Jika sebelum ini KJ pernah melakonkan watak penjual ayam percik yang kacak, kali ini diberi peluang bergelar pengarah.
Menurut orang kuat di sebalik projek Ikal Mayang Low Ngai Yuen, dirinya kagum dengan bakat yang dimiliki oleh KJ kerana mampu menghasilkan sebuah cereka yang begitu menarik.
Saya sendiri teruja melihat hasil kerja beliau dan jalan cerita yang ditampilkan. Anda perlu tonton sendiri untuk mengetahuinya.
Projek ini akan bermula Jumaat ini dan anda bakal saksikan karya yang hebat daripada semua pengarah terbabit.
Lisa Surihani Turut Jadi Pengarah
Tambah Yuen lagi selebriti tempatan seperti Lisa Surihani, Adibah Noor, dan Afdlin Shauki juga turut menghasilkan karya mereka sendiri untuk dipertontonkan kepada khalayak pada tahun ini.
Ya kami akan kembali lagi dengan tema baharu dan lebih ramai pengarah akan ditampilkan pada musim terbaharu ini.
Sejujurnya kami teruja untuk menantikan filem pendek arahan KJ. Macam mana agaknya filem pendek hasil karya seorang pak menteri? Agak-agak cerita yang macam mana bakal ditampilkan oleh KJ?
Apa-apa pun Jom kita layan dulu lakonan KJ, hitam manis dah macam Remy Ishak.
Kredit Berita : Berita Harian