Semalam telah berlangsungnya majlis penutup Sukan SEA Singapura yang menyaksikan kontinjen negara berjaya mengumpul 62 pingat emas.
Disebalik kecemerlangan kontinjen negara pada Sukan SEA kali ini, wujud beberapa kontroversi antaranya melibatkan pemakaian atlet gimnas yang dikritik hebat netizen.
Terbaru, seorang ahli gusti negara meluahkan rasa kesal terhadap Kementerian Belia & Sukan yang didakwa lepas tangan langsung tidak membantu dirinya. Pergi Sukan SEA semua tanggung sendiri.
Untuk 3 Malam, Saya Tinggal Di Kamar Kecil Ini..
Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik oleh lelaki yang dikenali sebagai Aj Pyro ini, dia mendakwa tiada sebarang bantuan dan tajaan daripada pihak kerajaan Malaysia. Nama Aj Pyro sebenarnya tak asing dalam kalangan pengikut sukan MMA (Mixed Martial Arts).
Segala perbelanjaan tiket penerbangan, makan dan minum, hotel semuanya menggunakan duit sendiri. Lebih menyedihkan, Aj Pyro berjaya memperoleh pingat gangsa dalam acara gusti walaupun terpaksa berjuang dalam kesakitan.
Berjuang disebalik kecederaan serius dan saya terpaksa membayar sendiri perbelanjaan di sini (tiket penerbangan, hotel, makan dan minum, teksi dan peralatan). Tiada bantuan dan tiada penajaan. Tetapi ia tidak menghentikan saya untuk berjuang untuk negara dan memperolehi pingat!
Untuk tiga malam, saya tinggal di kamar kecil ini di sebuah hostel untuk pengembara di Singapura. Atlet negara tinggal di hotel yang baik, diambil dengan pengangkutan daripada lapangan terbang dan dihantar ke lokasi pertandingan, makan percuma, peralatan dan insentif wang jika memenangi pingat.
Mana Menteri Belia & Sukan?
Membaca luahan Aj Pyro ini kami jadi sangsi. Kenapa tiada sebarang tajaan dan bantuan yang diberikan kepada dirinya? Adakah kerana sukan gusti tiada di dalam perancangan Kementerian Belia & Sukan?
AJ Pyro menerusi laman twitter sempat memuatnaik satu tweet tentang kejayaannya. Namun difahamkan YB Khairy Jamaluddin tidak memberi sebarang respon akan tweet tersebut.
Nasib yang menimpa Aj Pyro ini mendapat perhatian ramai pengguna media sosial. Apa dah jadi sebenarnya?