Semalam kecoh di laman sosial apabila dikhabarkan pihak Jabatan Perikanan (DOF) akan mewajibkan kaki pancing untuk mengambil lesen terlebih dahulu sebelum dibenarkan memancing bermula tahun 2015 nanti. Cadangan ini bagaimanapun mendapat tentangan orang ramai yang beranggapan ianya tidak masuk akal!
Kaki Pancing Serang Facebook Jabatan Perikanan
Orang ramai terutamanya kaki pancing yang tidak berpuas hati dengan cadangan ini bertindak menyerang laman Facebook milik Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menuntut penjelasan berhubung isu ini.
Tak Ada Lesen Memancing Denda RM500
Menurut beberapa gambar yang tersebar di laman sosial, pemancing yang tidak mempunyai lesen akan dikompaun dengan nilai RM500 dan sekiranya mengulang kesalahan sebanyak 3 kali si pemancing akan didakwa dimahkamah.
Jabatan Perikanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini dan difahamkan tujuan perlesenan ini dilaksanakan adalah untuk mengawal populasi ikan serta mengelak aktiviti mencari ikan dengan cara yang salah seperti aktiviti bot tunda di perairan cetek.
Menteri Pun Terkejut, Cadangan Tak Masuk Akal
Namun hari ini, Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani Dato Ismail Sabri Yaakob melalui laman Facebook miliknya mengarahkan agar cadangan Jabatan Perikanan ini diberhentikan serta merta. Menurut beliau, cadangan ini tidak munasabah dan langsung tidak memberikan manfaat.
So abang-abang dekat luar sana yang suka memancing jangan risau okay? Memang RM10 setahun itu tak membebankan tapi apa rasionalnya undang-undang ini dilaksanakan?
Kalau undang-undang ini dilaksanakan juga, kami cadangkan abang-abang pergi memancing dekat pasar borong jela, daripada kena kompaun sampai RM500 baik beli je ikan terus.