Sejak semalam media melaporkan kisah rumahtangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang dikatakan sedang bergolak.
Artikel Berkaitan : Hubungan Renggang Disebabkan Terlalu Sibuk, Perkahwinan Hafiz Hamidun Sedang Goyah?
Perkara ini dikuatkan lagi apabila mereka berdua tidak lagi memuatnaik gambar bersama di Instagram masing-masing. Hafiz Hamidun menerusi satu laporan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Dah padam dah
Hasil pengamatan kami, kebanyakan gambar Joy Revfa di Instagram Hafiz Hamidun sudah pun tiada kecuali satu gambar pada Mac yang lalu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Gambar perkahwinan mereka pada Mei lalu juga tinggal beberapa keping, itu pun tiada langsung Joy Refva! Tiada juga gambar mereka bersama semasa berpuasa dan meraikan hari raya Aidilfitri tempoh hari. Apa yang sebenarnya dah berlaku?
Harap Hafiz Hamidun dan isteri dapat selesaikan perkara ini dengan baik atau keluarkan kenyataan secepat mungkin. Peminat pun tertanya apa sebenarnya yang berlaku. Hanya mereka berdua je yang tahu,
Sumber : Instagram Hafiz Hamidun