Sejak beberapa hari yang lalu, wanita bernama Nurulhidayah iaitu anak kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia menjadi perhatian netizen. Ini semua gara-gara kritikannya terhadap peserta Bersih yang disifatkan sebagai kerja bodoh.
Bukan itu sahaja, gelaran Dato’ yang diperoleh juga dipertikai netizen. Terbaru, beliau mengatakan sebagai seorang rakyat Malaysia, dirinya mempunyai hak bersuara.
Namun kami tertarik luahan lelaki ini tentang kebebasan bersuara yang disebut-sebut oleh Nurulhidayah. Memang terbaik! Lelaki ini pun bukan calang-calang orang. Tengok background dia pun kami dah takut.
“Saya harap kamu hormat ‘hak’ kami juga”
Menurut lelaki ini dia menghormati hak bersuara yang dilaungkan Nurulhidayah namun rakyat Malaysia yang lain juga punya hak.
Mereka yang turun mengikuti Bersih juga mempunyai kebebasan bersuara namun ianya diisyhtiharkan sebagai haram. Tambahnya lagi 1.3 juta kakitangan kerajaan juga punya kebebasan bersuara namun diugut dengan tindakan disiplin
“Tun Mahathir juga bersuara untuk rakyat tapi disiasat”
Katanya lagi Tan Sri Muhyiddin dan rakan politiknya turut dihukum sedang mereka bercakap demi kebaikan rakyat.
Hal ini juga berlaku kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir yang dipanggil bagi dilakukan siasatan keatas diri beliau berhubung Bersih.
Semua orang punyai hak kebebasan bersuara namun adakah mereka betul-betul mendapat hak tersebut? Anda nilaikan.
Sedikit info tentang Syed Saddiq
Sumber : Syed Saddiq